Halaman

Rabu, 5 Mac 2014

10 Tempat Tidur Kanak-Kanak Yang Paling Unik Di Dunia


10 Tempat Tidur Kanak-Kanak Yang Paling Unik Di Dunia
10 Tempat Tidur Kanak-Kanak Yang Paling Unik Di Dunia | Tempat tidur atau bilik tidur merupakan ruang untuk kita bersendiri atau boleh dikatakan ruang peribadi kita. Tapi, jika anda teruskan membaca, anda boleh melihat 10 tempat tidur yang unik kanak-kanak yang berada di seluruh dunia. Ada diantar tempat tidur itu amat selesa dan ada juga yang akan menyayatkan hati kita. Sama-sama kita lihat.. icon smile 10 Tempat Tidur Kanak Kanak Yang Paling Unik Di Dunia
10 Tempat Tidur Kanak Kanak Yang Paling Unik Di Dunia 10 Tempat Tidur Kanak Kanak Yang Paling Unik Di Dunia
1. Lamine (12 tahun, Senegal)
Dia adalah seorang murid di sekolah desa “Koranic school” (sekolah al-Quran), khas untuk lelaki. Bilik tidur ini dikongsi bersama dengan anak laki-laki yang lain. Tempat tidur ini di perbuat daripada batu bata sebagai asas untuk dijadikan katil.
Pada pukul 6 setiap pagi, anak-anak mulai bekerja di ladang sekolah, dimana mereka belajar bagaimana untuk menggali, menanam jagung dan membajak ladang dengan menggunakan keldai Pada petang hari mereka mempelajari Al-Quran. Waktu lapangnya (Lamine) suka bermain bola sepak dengan kawan-kawannya.
10 Tempat Tidur Kanak Kanak Yang Paling Unik Di Dunia 2 10 Tempat Tidur Kanak Kanak Yang Paling Unik Di Dunia
2. Tzvika (9 tahun, Israel)
Tzvika, tinggal di sebuah blok apartmen di Beitar Illit, sebuah penempatan Israel di Tepi Barat. Ini adalah sebuah daerah yang terjaga keamanannya di 36.000 haredi (Ortodoks) Yahudi. Television dan surat khabar dilarang dalam penempatan tersebut.
Rata-rata keluarga memiliki 9 anak, tetapi Tzvika hanya memiliki 1 saudara perempuan dan 2 saudara, yang tidur satu kamar. Dia dibawa dengan kereta ke sekolah. Selain itu, Olahraga dilarang dalam kurikulum sekolahnya.
Tzvika pergi ke perpustakaan setiap hari dan gemar membaca kitab suci. Dia juga suka main game yang mengandung unsur agama di komputernya. Dia ingin menjadi seorang “rabbi”, dan makanan kegemarannya adalah schnitzel dan chip.
10 Tempat Tidur Kanak Kanak Yang Paling Unik Di Dunia 3 10 Tempat Tidur Kanak Kanak Yang Paling Unik Di Dunia
3. Jamie (9 tahun, New York)
Jamie tinggal bersama orang tua dan saudara kembar adik dan kakaknya di penthouse di 5th Avenue, New York. Jamie bersekolah di sebuah sekolah berprestij dan dia merupakan murid yang baik.
Dalam waktu luangnya ia mengambil kelas judo dan pergi berenang. Dia sangat suka pelajaran kewangan. Apabila dia besar nanti, dia ingin menjadi pengacara seperti ayahnya.
10 Tempat Tidur Kanak Kanak Yang Paling Unik Di Dunia 4 10 Tempat Tidur Kanak Kanak Yang Paling Unik Di Dunia
4. Indira (7 tahun, Nepal)
Indira hidup bersama saudara, orang tua dan adiknya di Kathmandu, Nepal. Rumahnya hanya memiliki 1 kamar, dengan 1 tempat tidur dan 1 katil.  Apabila waktu untuk tidur, mereka berkongsi katil di lantai.
Indira telah bekerja di lombong granit tempatan sejak dia berumur 3 tahun. Keluarganya sangat miskin sehingga setiap orang daripada meraka harus bekerja. Ada 150 anak-anak lainnya yang bekerja di lombong tersebut.
Indira bekerja 6 jam sehari dan kemudian membantu ibunya di rumah. Dia juga menghadiri sekolah dengan berjalan selama 30 minit. Makanan kesukaannya adalah mee. Dia ingin menjadi penari apabila  besar nanti.
10 Tempat Tidur Kanak Kanak Yang Paling Unik Di Dunia 5 10 Tempat Tidur Kanak Kanak Yang Paling Unik Di Dunia
5. Jasmine (4 tahun, Amerika Serikat)
Jasmine (‘Jazzy’), tinggal di sebuah rumah besar di Kentucky, Amerika Serikat, bersama orang tuanya dan tiga bersaudara. Rumahnya adalah di luar bandar dikelilingi oleh kawasan ladang.
Bilik tidurnya penuh dengan tajuk dan ikat pinggang yang telah dimenanginya dalam pertandingan kecantikan. Dia telah mengikuti lebih dari 100 pertandingan. Waktu lapangnya digunakan untuk latihan. Setiap hari ia selalu berlatih di panggung dengan pelatihnya. Jazzy ingin menjadi bintang rock ketika ia besar nanti.
10 Tempat Tidur Kanak Kanak Yang Paling Unik Di Dunia 6 10 Tempat Tidur Kanak Kanak Yang Paling Unik Di Dunia
6. Keluarga Pendatang (Roma, Italia)
Rumah untuk anak ini dan keluarganya adalah terletak di sebuah lapangan di pinggiran kota Roma, Italia. Keluarganya berasal dari Rumania dan pindah ke Roma dengan bus, setelah mengemis, wang yang digunakan untuk membayar tiket mereka.
Ketika mereka tiba di Roma, mereka berkemah di atas tanah peribadi, tetapi polis mengusir mereka. Mereka tidak memiliki kad pengenalan, sehingga tidak bisa mendapatkan pekerjaan yang sah. Orang tua anak itu membersihkan kaca jendela kereta di jalanan. Tak seorang pun dari keluarganya yang pernah ke sekolah.
10 Tempat Tidur Kanak Kanak Yang Paling Unik Di Dunia 7 10 Tempat Tidur Kanak Kanak Yang Paling Unik Di Dunia
7. Dong (9 tahun, Cina)
Dong tinggal di propinsi Yunnan di selatan-barat Cina dengan adik, orang tua dan kakaknya. Ia berkongsi tempat tidur dengan adiknya dan orang tuanya. Keluarga ini memiliki tanah yang hanya cukup untuk menanam padi dan tebu milik sendiri.
Dong ke sekolah dengan berjalan kaki selama 20 minit  Dia sangat meminati bidnag penulisan dan menyanyi. Pada waktu malam, dia menghabiskan 1 jam mengerjakan PR dan 1 jam menonton television. Ketika besar, Dong ingin menjadi polis.
10 Tempat Tidur Kanak Kanak Yang Paling Unik Di Dunia 8 10 Tempat Tidur Kanak Kanak Yang Paling Unik Di Dunia
8. Roathy (8 tahun, Kamboja)
Roathy tinggal di pinggiran Phnom Penh, Kamboja. Rumahnya berada di tempat pembuangan sampah besar. Bilik tidurnya di perbuat dari tayar terpakai. 5000 orang tinggal dan bekerja di sini.
Pada jam 6 setiap pagi, Roathy dan ratusan anak-anak lain diberi kesempatan untuk mandi di pusat amal tempatan sebelum mereka pergi bekerja, mengutip tin dan botol plastik, yang dijual ke syarikat kitar semula.
10 Tempat Tidur Kanak Kanak Yang Paling Unik Di Dunia 9 10 Tempat Tidur Kanak Kanak Yang Paling Unik Di Dunia
9. Nantio (15 tahun, Kenya)
Nantio adalah anggota dari suku Rendille di Kenya utara. Dia memiliki 2 saudara laki-laki dan 2 saudara perempuan. Rumahnya adalah sebuah kubah tenda seperti terbuat dari kulit sapi dan plastik, dengan sedikit ruang untuk berdiri. Ada api di tengah, di ruang tidur keluarga.
Tugas Nantio mencari kambing, memotong kayu bakar dan mengambil air. Dia pernah pergi ke sekolah desa selama beberapa tahun,selepas itu dia berhenti dari sekolah.
Nantio berharap seorang Moran (prajurit) akan memilih dia untuk dinikaji. Dia mempunyai kekasih sekarang, tetapi tidak biasa bagi seorang wanita Rendille untuk memiliki beberapa kekasih sebelum menikah. Pertama, ia harus menjalani sunat, sesuai tradisi.
10 Tempat Tidur Kanak Kanak Yang Paling Unik Di Dunia 10 10 Tempat Tidur Kanak Kanak Yang Paling Unik Di Dunia
10. Joey (11 tahun, Amerika Serikat)
Joey tinggal di Kentucky, Amerika Serikat, dengan orang tua dan kakak perempuan. Ia secara rutin menemani ayahnya memburu. Dia memiliki 2 senapang dan panah dan pertama kali membunuh rusa pada usia 7 tahun.
Dia berharap untuk menggunakan panah selama musim berburu berikutnya karena ia telah merasa letih jika menggunakan senapang. Dia mencintai kehidupan luar dan berharap untuk terus berburu menjadi dewasa.
Keluarganya selalu memasak dan memakan daging dari binatang yang diburu. Joey tidak setuju bahawa binatang harus dibunuh hanya untuk sukan. Ketika dia tidak pergi me,buru, Joey bersekolah dan menikmati menonton television dengan haiwan peliharaannya, seekor cicaknaga berjanggut, bernama Lily.
sumber : giler kentang

Khamis, 22 Ogos 2013

Gambar Super Awesome Yang Akan Membuatkan Anda Berkata “WOWW!” (20 gambar )


Restoran
Restoran ini terletak pantai timur Zanzibar. Jika air pasang, pengunjung boleh pergi ke sana dengan menaik bot. Jika air surut pula, pelawat hanya perlu berjalan kaki untuk pergi ke sana.
Thor’s Well
Di gelar sebagai Telaga Thor yang terletak di Cape Perpetua
Tasik Emerald
Tasik ini terbentuk di kawah gunung berapi yang tidak aktif. Lokasinya adalah di Taman Negara Tongariro
Pejabat Selgas Cana di Madrid
Belon panas di Cappadocia
Dubai. Pemdangan dari pencakar langit Burj Khalifa. Pencakar langit ini berketinggian 828M (163 tingkat)
Pokok-pokok ini tumbuh di hutan dekat Gryfino, Poland. Punca kepada mengapa ia tumbuh melengkung masih tidak diketahui
Wilayah Shandong, China. Jambatan yang menyeberangi Teluk Jiaozhou. Panjang jambatan ini adalah 36 KM dan merupakan jambatan laut terpanjang di dunia
Sebuah terowong yang pelik di Taman Negara Sequoia, California
Sebuah patung yang dicipta oleh Bruno Catalano yang terletak di Perancis
Trafik jem yang terpanjang di dunia adalah di China. Ianya sepanjang 260KM
Lantai di sebuah kedai komputer di Perancis. Lantai tersebut adalah rata
Haus Rizzi, Jerman
Tiang Lena di Rusia. Sungai Lena
Jambatan Banpo, Seoul, Korea Selatan
Antara kemewahan dan kemiskinan. Gambar ini diambil di Brazil
Lokasi nya adalah di Pulau Lamu
Pemandangan dari balkoni tingkat 103 di Chicago
Barat Laut Montana, USA. Nampak seperti cetek tp sebenarnya sangat dalam
Sebuah lapangan terbang di Maldives yang terletak di atas sebuah pulau buatan manusia di Laut India
Penjaga rumah api Mare, Perancis
Gambar ribut di Montana,USA
Pencakar langit berbentuk bulan sabit di Dubai
Sungai di atas sungai. Jambatan Air Magdeburg, Jerman
Pembentukan awan yang digelar Morning Glory dilihat di Teluk Carpentaria, Utara Australia
Lapangan Terbang Gibraltar antara lapangan terbang yang paling menakjubkan di dunia.

Ahad, 18 Ogos 2013

Akibat Cuaca Panas, Pakaian Tembikai Kini Menjadi Trend Baru Kanak-Kanak Di China ( 6 Gambar ).



Di China, kebanyakkan orang dewasa akan memakan tembikai untuk menyejukkan badan manakala kanak-kanak akan memakai kulit tembikai untuk mengelakkan bahang panas.
Menurut Xinhua, agensi berita terbesar di China, trend memakai kulit tembikai bermula pada bulan Julai di Wenzhou apabila foto gambar seorang kanak-kanak yang memakai kulit tembikai tersebar di Internet. Foto tersebut tersebar melalui perkhidmatan micro-blogging China iaitu Sina Weibo dan berakhir di berita televisyen.
Selain itu, menurut laporan ShanghaiList, bapa kanak-kanak ini telah mengambil masa selama berjam-jam lamanya bagi membuat pakaian ini. Terdapat juga pelbagai variasi pada pakaian tembikai ini seperti bikini tembikai, hula skirt inspirasi dari tembikai , dan perisai tembikai.

Dalam dunia online di China, kelihatan orang ramai amat gembira dengan pakaian tembikai ini, malah ada yang menggelarnya sebagai "kreatif" dan "mesra alam". Ada juga yang menganggap bahawa pakaian ini mampu menyejukkan badan anak-anak mereka.

Walaubagaimana pun, ia bukan lah satu idea yang baik untuk memakai sut tembikai untuk jangka masa yang lama kerana kulit tembikai adalah lembap dan ia boleh membantu pembiakan kuman dan bakteria.






 

By: ohmy.com
By : google.com

Selasa, 9 Julai 2013

Lelaki boleh....Perempuan tak boleh??

 





“Tak aci! Lelaki boleh. Perempuan tak boleh,” keluh seorang remaja puteri apabila dinasihati ibunya agar tidak memakai baju berlengan pendek ketika keluar rumah.
“Mana adil! Orang perempuan boleh enjoy duduk rumah,” rungut hati seorang remaja lelaki apabila ayahnya mengajak ke masjid.
Adakah lelaki dan perempuan sama?
APA YANG SAMA? 
Ada yang sama. Ada yang berbeza. Bukan sama secara mutlak. Bukan juga berbeza secara mutlak.
Antara aspek yang sama ialah dari segi nilai kemanusian. Kedua-dua lelaki dan perempuan adalah manusia. Perlu dilayan sebagai seorang manusia.  Bukan dipandang seperti syaitan yang hanya ada keburukan. Atau dipandang seperti malaikat yang perlu sempurna dan tiada dosa.
Seterusnya aspek bertanggung jawab terhadap dosa dan pahala sendiri, sama sahaja antara lelaki dan perempuan. Lelaki yang mencuri perlu dihukum. Begitu juga perempuan yang mencuri. Perempuan yang berzina perlu dihukum. Begitu juga lelaki yang berzina. Kedua-dua lelaki dan perempuan akan balik berjumpa Allah dan disoal amalan masing-masing. Bukan lelaki sahaja yang akan disoal. Bukan juga perempuan sahaja yang akan disumbat ke neraka.
MANA YANG BERBEZA?
Antara aspek yang berbeza pula ialah dari segi beberapa tuntutan peranan. Ada pengkhususan masing-masing. Ada pembahagian tugas oleh Allah SWT. Contohnya, tuntutan berpenampilan. Wanita mesti menampakkan kewanitaannya. Lelaki mesti menampakkan kelelakiannya. Oleh sebab itu, hal berpakaian, berdandan atau menggunakan perhiasan, tidak sama antara lelaki dan perempuan.
Wanita dan lelaki saling memerlukan. Masing-masing ibarat baju dan seluar. Isu-isu wanita perlu diambil berat oleh lelaki seakan-akan mengambil berat terhadap seluarnya sendiri. Isu-isu lelaki perlu diambil berat oleh wanita seakan-akan mengambil berat terhadap bajunya sendiri. Jika konsep dan kedudukan wanita misalnya, tidak dimengerti oleh golongan lelaki, ia akan menatijahkan ketempangan pemahaman dan persepsi. Sukar untuk saling kuat-menguatkan apabila diterjah banyak prasangka tanpa ilmu yang benar.
“Apalah perempuan ini pakai tudung berwarna-warni. Ini tabarruj,” sangka lelaki tanpa asas ilmu yang jelas tentang maksud tabarruj. Banyak khilaf mengenainya. Ulama bermanhaj pertengahan mentakrifkan ‘tabarruj’ ialah sengaja mendedahkan apa yang sepatutnya ditutup.
“Lelaki ini tidak pakai jubah, tidak mengikut sunnah,” bisik hati seorang perempuan tanpa asas ilmu yang jelas tentang konsep berpakaian mengikut sunnah. Pakaian yang ditunjukkan oleh sunnah ialah pakaian yang prinsipnya menutup aurat, perlaksanaannya fleksibel mengikut uruf atau adat yang pelbagai.
APABILA SALAH PERSEPSI
Tuduh-menuduh, label-melabel, hukum-menghukum seumpama ini senang disaksikan terutamanya di alam maya. Tidak kira oleh golongan remaja atau dewasa. Semuanya berpunca daripada salah persepsi. Atau menganggap orang lain faham seperti yang kita faham. Apa yang kita faham itu pula boleh jadi banyak tafsiran dan penjelasannya, bukan hanya ada satu maksud sahaja.
Tatkala lelaki dan perempuan saling memiliki persepsi yang berbeza tentang kedudukan, peranan, dan tanggung jawab, mereka jadi sukar serasi dalam pelbagai urusan termasuklah urusan berumah tangga, kegiatan kemasyarakatan, kenegaraan dan pelbagai bentuk dakwah secara umum.
“Anak perempuan perlu duduk rumah saja,” tegas seorang ayah.
“Tapi Islam benarkan wanita menuntut ilmu. Saya ingin belajar hingga Ph. D,” rayu anak gadis remajanya.
“Anak wajib taatkan ayah!”  Si ayah menzip mulut anak gadis dengan kuasa vetonya.
Persepsi yang benar dan komunikasi berkesan dapat menyelesaiaan masalah seumpama ini. Wacana yang pertengahan sering kali mampu mendamaikan banyak sengketa dalam isu-isu wanita tatkala berhadapan dengan perbezaan pendapat.
Orientasi kemudahan menjadi watak syariat Islam secara keseluruhan. Berbahagialah ayah yang memudahkan anaknya. Berbahagialah anak yang memudahkan ayahnya.
ISU PURDAH
“Sekarang ramai lelaki fasik. Wanita yang tidak pakai purdah sengaja nak pamer-pamerkan kecantikan,” lontar satu pendapat.
Pendapat lain pula mengatakan, “Wanita dibolehkan membuka muka dan tapak tangan. Jika ada lelaki tergoda, lelaki itu yang perlu menundukkan pandangannya. Bukan wanita itu yang diwajibkan mengenakan purdah. Kecantikan wanita subjektif. Setiap pandangan mempunyai tafsiran berbeza. Islam menyuruh wanita menutup aurat tapi bukan dengan cara yang boleh menyusahkannya.”
Berpurdah itu suatu pakaian yang baik dan menutup aurat. Oleh sebab kita perlu memilih antara yang baik dengan yang terbaik, penulis lebih selesa mengambil pandangan golongan yang mempertimbangkan pelbagai perkembangan realiti zaman ini. Ia sangat berbeza dengan realiti pada zaman kenabian. Contohnya, dulu wanita bermusafir dengan unta tapi hari wanita bermusafir dengan kapal terbang.  

Penulis raikan pendapat yang berbeza ini. Mana yang perlu dipilih? Pendapat kedua bagi penulis lebih jelas hujah syar’iyahnya dan lebih realistik. Syariat Islam tidak berorientasikan kesulitan pada konsep dan aplikasinya kerana ia tidak cucuk dengan misi besar kehadiran Islam sebagai rahmat bagi semester alam. Penulis tetap akui, setiap pilihan ini insya-Allah masih tetap dalam daerah pahala.  

PILIHLAH PANDANGAN YANG MUDAH  

Para ulama Islam sejak dahulu sehingga sekarang mempunyai banyak pandangan terhadap isu-isu lelaki dan perempuan. Kita pula harus memilih. Penulis lebih tenang memilih pendapat yang moderat, sebagaimana orientasi syariat Islam yang menganjurkan umatnya mengambil yang mudah, bukan yang susah. 
 




Firman Allah SWT, “Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan Dia tidak mengkehendaki kesulitan bagimu.” (Al-Baqarah: 185). 

Allah juga memujuk rasa-rasa hati kita dengan kata-Nya, 
“Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.” (Al-Haj: 78).

 Ada pendapat yang membincangkan tentang keterlibatan wanita dalam aktiviti kemasyarakatan. 


“Tempat wanita di rumah. Kami ada dalil al-Quran. Wilayah wanita hanyalah untuk domestik kekeluargaan sahaja. Wanita jangan muncul di media, TV dan radio kerana ia samalah dengan wanita berpeleseran di mana-mana,” lontar satu pendapat. 

Pendapat ini membuatkan remaja-remaja wanita dan anak-anak gadis di IPT keliru tentang masa depannya. Perlukah kami belajar sehabis baik sedangkan kami hanya perlu menggunakan ilmu rumah tangga sahaja untuk masa depan kami? Perlukah kami menyambung pelajaran hingga ke peringkat tertinggi?
Mungkin pendapat kedua ini ada jawapannya.

“Wanita sejak zaman Rasul dibolehkan keluar dari rumahnya selama ada keperluan yang makruf dan aman dari fitnah. Kenapa kita bersangka buruk wanita yang muncul dalam media itu sebagai sedang berpeleseran? Padahal kita boleh bersangka baik bahawa dia sedang menunaikan tuntutan amar makruf dan nahi mungkar. Dakwah itu luas cara dan medannya, dengan perbuatan, kata-kata, lisan atau tulisan, bahkan dengan gambar, video dan media juga,” lontar pendapat yang lain.
Saidina Umar berpesan, “Jangan kamu sangka buruk terhadap kalimat orang Muslim, padahal engkau dapat membawanya kepada makna yang lebih baik lagi.”
Jaafar bin Muhammad, “Jika sampai kepadamu sesuatu yang engkau ingkari tentang saudaramu, maka carilah satu uzur baginya, sampai tujuh puluh uzur. Jika tidak, katakan “Barangkali dia punya uzur yang tidak aku ketahui.”
KERJAYA DAN KEPIMPINAN WANITA
“Wanita jangan berkerjaya. Wanita jangan menjawat jawatan penting dalam kepimpinan sesuatu organisasi. Wanita hanya perlu jaga anak dan suami, cukuplah. Dia sudah ada tiket ke syurga,” lontar satu pendapat.
“Islam tidak menyekat secara mutlak kepimpinan wanita. Siapa cerdik, dialah berhak memimpin, tak kira lelaki atau perempuan. Cuma, jawatan tertinggi dalam negara diberi pada lelaki. Begitu juga jawatan tertinggi dalam sesebuah keluarga, dipikul oleh lelaki. Wanita merupakan separuh daripada anggota masyarakat. Sudah tentu masyarakat sangat perlukan tenaga dan sumbangannya dalam sesuatu kerjaya, asalkan wanita itu tahu batas dan adab,” lontar pendapat yang lain.
Nabi memberi petunjuk, “Sebaik-baik urusan agamamu ialah yang paling mudah.” (HR. Thabrani).
Aisyah r.ha memberitahu kita, “Tidaklah Rasulullah SAW dihadapkan kepada pilihan antara dua hal, kecuali baginda memilih yang lebih mudah, asalkan bukan dosa.” (HR Bukhari Muslim).
Pendapat yang kedua ini bagi penulis lebih releven dengan keperluan pergerakan dakwah kontemporari kerana berubahnya zaman dan kondisi. Ia menuntut penyertaan wanita muslimah dalam pelbagai lapangan yang sesuai dengan fitrahnya.  
Peranannya tidak hanya terbatas dalam domestik keluarga bahkan jika dia ada kepakaran dia boleh terjun dalam aktiviti social kemasyarakatan, ekonomi, politik dan pemerintahan, amar makruf dan nahi mungkar. Bukan untuk menyaingi lelaki tetapi memenuhi keperluan masyarakat.
KESIMPULAN
Cantiknya Allah mengadun kehidupan ini dengan ramuan yang pelbagai.  Ada persamaan. Ada perbezaan. Ada yang disepakati. Ada yang dibenarkan berbeza. Siapa yang lebih berbaik sangka kepada Allah dan orang lain, dialah yang akan lebih bahagia. Insya-Allah.


by : www.iluvislam.com
www.google.com