Halaman

Memaparkan catatan dengan label tembikai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tembikai. Papar semua catatan

Ahad, 18 Ogos 2013

Akibat Cuaca Panas, Pakaian Tembikai Kini Menjadi Trend Baru Kanak-Kanak Di China ( 6 Gambar ).



Di China, kebanyakkan orang dewasa akan memakan tembikai untuk menyejukkan badan manakala kanak-kanak akan memakai kulit tembikai untuk mengelakkan bahang panas.
Menurut Xinhua, agensi berita terbesar di China, trend memakai kulit tembikai bermula pada bulan Julai di Wenzhou apabila foto gambar seorang kanak-kanak yang memakai kulit tembikai tersebar di Internet. Foto tersebut tersebar melalui perkhidmatan micro-blogging China iaitu Sina Weibo dan berakhir di berita televisyen.
Selain itu, menurut laporan ShanghaiList, bapa kanak-kanak ini telah mengambil masa selama berjam-jam lamanya bagi membuat pakaian ini. Terdapat juga pelbagai variasi pada pakaian tembikai ini seperti bikini tembikai, hula skirt inspirasi dari tembikai , dan perisai tembikai.

Dalam dunia online di China, kelihatan orang ramai amat gembira dengan pakaian tembikai ini, malah ada yang menggelarnya sebagai "kreatif" dan "mesra alam". Ada juga yang menganggap bahawa pakaian ini mampu menyejukkan badan anak-anak mereka.

Walaubagaimana pun, ia bukan lah satu idea yang baik untuk memakai sut tembikai untuk jangka masa yang lama kerana kulit tembikai adalah lembap dan ia boleh membantu pembiakan kuman dan bakteria.






 

By: ohmy.com
By : google.com

Jumaat, 5 April 2013

KERANA SEBIJI TEMBIKAI.....



Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah tembikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?

Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.

Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT


sumber: www.facebook.com 
www.google.com