Berita sedih untuk umat Islam di seluruh dunia. Angkatan tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohamed Morsi lewat semalam selepas ketegangan selama seminggu yang mengorbankan kira-kira 50 orang ketika berjuta-juta orang membanjiri jalan raya menuntut pemimpin dari parti Islam itu meletak jawatan selepas setahun berkuatkuasa.
Pengumuman itu dibuat menerusi televisyen oleh menteri pertahanan Morsi, Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi sambil disambut sorokan di kalangan penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan raya selama beberapa hari.
Sisi juga mengumumkan perlembagaan yang dicadangkan oleh parti Islam dibekukan dan bakal mengadakan pilihan raya presiden dalam tempoh terdekat. AFP via Berita Harian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan