Halaman

Khamis, 12 Julai 2012

MOTIVASI SOLAT...





Apasal laa......aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah.


Apasal la....aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang.


Apasal laa.....aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga p0n dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5minit 5waktu aku tak boleh nak luang.


Apasal laa.....aku malas sembahyang,
Tengok TV , main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket wayang, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang!!!!!!!


Apasal laa.....aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukan panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.


Apasal laa.....aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayangkan,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunaitak siapa boleh halang!!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan