Halaman

Jumaat, 22 Jun 2012

INFO : JAMBATAN KE DUA PULAU PINANG ...


Jambatan kedua Pulau Pinang, merupakan jambatan yang bakal menjadi jambatan terpanjang didunia dan berupaya menahan gempa bumi.
Dengan kadar tol yang dijangka akan dikenakan sebanyak rm7, jambatan ke dua Pulau Pinang menelan belanja sebanyak 4.5 billion dengan jarak 23.5km dan dijangka siap pada September 2013.
Gambar Dan Info Jambatan Ke Dua Pulau Pinang
Jambatan Kedua Pulau Pinang akan menggunakan Galas Getah Redaman Tinggi (HDRB) iaitu  satu alatan khas yang dicipta untuk menyerap gegaran gempa bumi.
Gambar Dan Info Jambatan Ke Dua Pulau Pinang
HDRB yang direkabentuk oleh Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) di United Kingdom, merupakan sebuah makmal milik Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Gambar Dan Info Jambatan Ke Dua Pulau Pinang
Jambatan Pulau Pinang ini bakal menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di bahagian tanah besar. Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di kawasan Batu Kawan akan mula dibina selepas jambatan kedua itu mula beroperasi pada 2014.
Gambar Dan Info Jambatan Ke Dua Pulau Pinang
Difahamkan, kawasan R&R akan dibina di Batu Kawan dan tidak diatas jambatan seperti perancangan awal kerana ianya melibatkan kos yang agak tinggi.
Gambar Dan Info Jambatan Ke Dua Pulau Pinang
Selain itu ianya juga membabitkan ciri-ciri keselamatan pengguna dan boleh menyebabkan kesesakan lalulintas diatas jambatan.
Gambar Dan Info Jambatan Ke Dua Pulau Pinang
Gambar Dan Info Jambatan Ke Dua Pulau Pinang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan