Halaman

Selasa, 6 Mac 2012

Ahad, 4 Mac 2012

Tayangan Dan Sinopsis Cinta Kura-Kura

cinta kura-kura

Sinopsis:
Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya… Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. cinta-kura-kuraTetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani. Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.
Pelakon:
Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel, Zizan Razak (Raja Lawak), Shy8 (Ucop Wilcha), Fara Fauzana, Fizz Fairuz, Bob AF2, Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik, Tauke Raja Lawak, Daus AF8





Jumaat, 2 Mac 2012

kekejaman terhadap umat islam...MESTI BACA!!!

PETA SYIRIA

Samada disengajakan atau tidak, tidak ramai rakyat Malaysia yang mengetahui atau tidak mengambil tahu tentang apa yang sedang berlaku di Syria sekarang.
Presiden Bashar al Assad  (Presiden sekarang) telah bertindak semakin kejam bagi mempastikan kekuasaan yang diwarisi oleh ayahnya Hafez al Asad sejak 11 tahun yang lalu terus berkekalan.
children killed 300x197 Giliran Bashar al Asad semakin hampir.....

Ribuan kanak-kanak Syria kini terkorban
Sejak berlakunya kebangkitan rakyat Syria Mac 2011 yang lalu, Bashar al Assad telah membunuh lebih 8,500 orang rakyatnya sendiri (lebih 6,000 menurut PBB) dan mengakibatkan lebih 40,000 orang telah cedera. Itu tidak termasuk daripada lebih 180,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan. Manakala lebih 20,000 orang lagi kini menjadi pelarian di Turki.
Beliau mewarisi kekejaman diktator seumpama ayahnya Hafez al Assad yang pernah memerintah Syria selama 32 tahun sehingga tahun 2001. Ayahandanya juga pernah membunuh hampir 46,000 ribu orang rakyatnya yang tinggal di Hama, Syria pada tahun 1982 dalam tempoh 27 hari sahaja. Keseluruhan penduduk yang terbunuh ini merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Bashar Iran 300x140 Giliran Bashar al Asad semakin hampir.....Masyarakat antarabangsa harus menginsafi isu ini dan mengutuk kekejaman Bashar al Assad yang terus mendapat sokongan padu daripada Iran dan juga Hizbullah, Lubnan selain daripada mendapat bekalan senjata daripada Russia dan Cina.
Gilirannya akan tiba jua….
revolusi syria 300x168 Giliran Bashar al Asad semakin hampir.....


Dengan penuh keyakinan bahawa gilirannya akan tiba apabila beliau juga bakal mencium jejak langkah sekutunya yang digulingkan seumpama Presiden Zainal Abidin Ali di Tunisia, Ghadaffi di Libya dan juga Presiden Hosni Mubarak di Mesir.
Saidina Ali Bin Abi Talib r.a. pernah berkata “Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya.”
Malahan kata-kata Ali r.a. bertepatan dengan firman Allah swt di dalam surah al-Israk ayat 81 yang bermaksud:
“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”
Teruskan ambil peduli dan doakan untuk saudara seaqidahmu di Syria….
 Juga baca :
Kalau nak tahu apa yang sebenarnya berlaku di Syria, saudara-i boleh cuba lawati Syria dan kenali permasalahan sebenar yang berlaku di bumi Syam ini.

Rabu, 29 Februari 2012

Konsert “Erykah Badu Live in Kuala Lumpu????



KUALA LUMPUR – Kewajaran Erykah Badu untuk mengadakan konsert di Malaysia pada 28 Februari ini dipersoalkan ramai ekoran gambar kontroversinya yang mempamerkan badannya bertatoo dengan kalimah Allah tersebar di internet sebelum ini.

Seorang peminat industri hiburan tanahair yang prihatin dengan isu tersebut telah mengirimkan emel kepada blog hiburan popular, Rotikaya.com, mempersoalkan kelulusan yang berikan kepada Ratu Neo-Soul itu mengadakan persembahannya di Malaysia.
“Peminat ini berminat bertanyakan siapa sebenarnya yang layak memberikan kebenaran untuk Erykah Badu mengadakan persembahan di Malaysia jika beliau pernah menggunakan ALLAH (kalimah) sebagai tattoo?,” kata pemilik blog tersebut.
Gambar tersebut menyaksikan Erykah Badu memakai tatoo palsu bertulis kalimah Allah yang sengaja dilekatkan di bahagian atas dada dikiri dan kanannya.
Menurut blog itu lagi, Erykah Badu mengaku dirinya beragama Islam  dan difahamkan bahawa beliau merupakan salah seorang penganut Five Percenters di mana para ulama sunnah wal jamaah secara sepakat tidak mengiktiraf golongan serpihan ini sebagai muslim sejati.
Erykah Badu dijadualkan mengadakan persembahan secara langsung di Malaysia pada 28 Februari ini di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) anjuran Pineapple Concerts Sdn Bhd.
Konsert “Erykah Badu Live in Kuala Lumpur” itu juga merupakan konsert di dalam siri jelajah ‘Australasia’nya dan Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama.
Penyanyi kelahiran Texas, Amerika Syarikat ini pernah dikritik hebat ekoran sebuah video klip yang dirakamkan di bandar kelahirannya itu dan menyaksikan beliau berjalan-jalan sambil menanggalkan pakaiannya satu persatu sehingga berbogel tahun lalu.

Selasa, 28 Februari 2012

Wali - Abatasa


sambil menyanyi dan belajar....:P
xmelalaikan malah belajar...

..::Mencari Erti Sebuah Kehidupan::..: 37 FAKTA MENARIK TENTANG LELAKI

..::Mencari Erti Sebuah Kehidupan::..: 37 FAKTA MENARIK TENTANG LELAKI: Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketra...

Oooooo....NAKAL YE!!!

CG suka sgt tgk kucing2 yg comel2 n comot2...hehehe
kucing haiwan yg sgt manja,penyayang....:P
mai kita tgk perangai kucing2 ni...

sejuknya!!! pakai je la blanket ni...

kesian....muda2 lg dah kn pakai spek...
still c0mel kan...hehehe

j0m baca buku!!
ni asyik ber'mukabuku' ja...

t0l0ng2!!!
xblh keluar.....lapar lak ni...

kecian...xde tilam...cawan p0n jd la....
i l0ve u all.....tq....